Tanjak Warisan bukan sekadar hiasan sebaliknya ia mampu membangkitkan semangat nasionalisme sempena sambutan Bulan Kebangsaan terutama dalam kalangan golongan muda.<br /><br />Menurut Saiful Bahri Bidin, 40 tahun, dari Taman Koperasi , Kampung Binjai, Kemaman, jumlah permintaan Tanjak Warisan meningkat kepada hampir 200 unit sehari sekali gus membuktikan semangat patriotik masih terpahat di jiwa rakyat Malaysia.
